Search This Blog

Thursday, March 1, 2012

Dewan Bahasa Mesti Bertindak Mantap


Kalau tidak, Bahasa Melayu akan pupus dalam masa terdekat.
Gejala melampau yang menodai martabat Bahasa Kebangsaan melampau dibiar menular di media masa arus perdana masakini. Radio, TV, media cetak-elektronik dan pengiklan bersekongkong dengan gerakan yang bertindak tidak selari dengan proses penyatuan rakyat melalui satu bahasa Malaysia yang mantap. Ia berlaku sewenang–wenangnya seperti Israel yang terus menerus menduduki penempatan haram mereka atas tanah Palestin dan membunuh siapa saja yang cuba menghalang agenda mereka tanpa segan dan silu. Setakat ini tiada undang antarabangsa berani menghukum kekejaman yang telah berlaku melebi 60 tahun.
Cubalah anda tonton beberapa rancagan polular TV tempatan, dengar saja percakapan didalam program radio popular, tidak kira kepunyaan pemerentah atau swasta. Kita tidak perlu buat kajian mendalam untuk mendapat maklumat mengenai tahap penggunaan Bahasa Malaysia terutama dikalangan pengacara muda – mereka seolah-olah berlumba-lumba untuk menentukan siapa yang boleh berbicara lebih banyak dalam Bahasa Inggeris. Bahasa Malaysia di rojakkan dengan sewena-wenagnya dengan bahasa Inggeris tanpa ditapis dan di editkan. Di kalangan rancangan popular sedemikian, tahap penggunaan Bahasa Malaysia sudah merudung dan menghadapi saat kegentingan. Saya khuatir tentang gejala ini kerana gaya bahasa mereka diikuti ramai remaja masakini. Kerana peranan media masa adalah penting dan berkesan dalam membentuk trend masadepan masyarakat.
Saya menganggap gejala berbahaya ini satu fenomena buatan yang disengajakan – disengajakan sebagai satu agenda halus anti-Melayu – untuk  melenyapkan jatidiri dan tradisi Melayu sebagai budaya tunggak kepada sabuah negara yang berteraskan bangsa dan tradisi Melayu. Institusi Melayu dan Islam dibawah perlembagaan pun telah ada yang cuba mencabar dan mahu pindaan dibuat. Sedihnya ada pula dikalangan politikus (opportunis/hipokrat) Melayu yang terjebak dengan kelantangan setengah kaum yang mengaku rakyat Malaysia juga terbawa-bawa dengan kedahagaan undi dan melatah. Yang dimusykilkan kenapa pula tiada ramai ahli “politik nasionalis” berdepan dan memperjuang isu ini.  Adakah ianya dianggapa kurang bernas untuk pancing undi!
Apa sudah jadi dengan pentadbir, pengamal dan pencinta Bahasa Kebangsaan? Kempen Cinta Bahasa dan Bulan Bahasa cuma tinggal nama saja. Apakah di jejak keberkesanan kempen dan apakah pelan tindakan susulan untuk meningkatkan lagi martabat Bahasa Kebangsaan kita? Bahasa Jiwa Bangsa adalah slogan yang amat dalam ertinya. Semua rakyat yang mengaku berkerakyatan Malaysia (termasuk Melayu, Kadazan, Iban, Cina, India, Dusun, Bajau dan sebagainya) mestilah akur sepenuhnya dengan agenda Negara untuk memertabatkan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ibunda dan bahasa merapatkan perpaduan.  
Kealpaan pihak berkuasa (Kementerian Penerangan, Kommunikasi dan Kebudayaan, DBP dan Punguasa Tempatan) untuk memperketatkan pelaksanaan undang-undang Bahasa Kebangsaan adalah akibat keberkesanan agenda halus ini. Saya tidak ingin menuding jari kepada mana mana pihak. Ini adalah tanggongjawab kita semua. Kita wajib peka dengan agenda mewudkan jatidiri nasional berteraskan Budaya Melayu. Apakah pihak pemerintah tiada satu rancangan (Dasar) jangka pendek dan jangka panjang, untuk menjamin keselamat jatidiri Negara berteraskan Bahasa Malaysia?
Di dalam sabuah negara sekecil Malaysia ini adakah kita juga mengalami paralysis. Sudahlah dengan kegagalan masyarakat antarabangsa menyekat keganasan Yahudi terhadap rakyat Palestine. Harapnya kita tidak mengalami “the paralysis of will” sedemikian untuk dibawa masuk kedalam negara kita tercinta ini, ia boleh membawa parah. Sedarlah! Kalau dulu kita dibuai sampai kita alpa, harapnya kita sekarang sudah di kejutkan dari mimpi ngeri yang hampir menjadi realiti. Tidak begitu terlewat untuk bertindak.  Pantang Malaysia mengadaikan marwah Bahasa Kebangsaan dengan desakan “politik chameleon” murahan.
Kita mengakui kekuatan lingua franca Bahasa Inggeris, bahasa-bahasa terbesar dunia seperti Bahasa Cina, Hindustan, Sepanyol dan Perancis. Tapi kita juga bangga dengan ketegasan bahasa Korea dan Jepun yang terus berjaya memajukan bahasa mereka melalui soap opera yang semakin polular di negara kita. Kalau dulu suri rumahtangga kita berjinak dengan bahasa Sepanyol melalui telenovelas selepas sekian lama dibelai dengan lagu-lagu cinta Bollywood, kini mereka di belai mesara pula oleh cerita-cerita melodramatic serta purba dari Korea. Maka ada kalangan rakyat Malaysia yang lemah dibuai dengan kisah cinta dan kekeluargaan picisan dari negara-negara berkenaan. Pun begitu kita wajar mencontohi kecekalan dan kejayaan bahasa-bahasa ini mempertahan dan mengenegahkan bahasa di dalam negeri sehinggakan keperingkat antarabangsa.  Oleh kerana masyarakat kita majmuk, keperluan mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan tidak boleh dipersoalkan.
Ini adalah isu asasi kewujudan dan masa depan sesebuah negara yang bermarwah. Sedikit demi sedikit, hari demi hari, jatidiri Malaysia berasaskan Melayu itu boleh di kikis habis. Sedikit demi sedikit, lama lama terhakis, tinggal gusi. Kita di dodoi dan di buai selesa tapi bila kita sedar mungkin pada masa itu sudah kelewatan, dah tak boleh senyum lagi sebab tak ada gigi dah tinggal gusi.

No comments:

Post a Comment